SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Tuesday, 23 May 2017

PENYAKIT LEMBUT HATI

Assalamualaikum
&
Hye.

Entri kali ini berkisarkan tentang penyakit.

PENYAKIT LEMBUT HATI.

Aipp..apa jenis penyakit tu?

Penyakit lembut hati saya tafsirkan sebagai penyakit budaya masyarakat kita yang tidak tahan dengan pujuk rayu dan mudah bermurah atau berlembut hati dengan orang lain.

Ya, semua orang tidak terkecuali menghidap penyakit ini.

Penyakit ini memang berkait rapat dengan budaya orang malaysia yang peramah tanpa mengira kaum dan agama.

Namun, penyakit seperti ini ada negatifnya.

======KENAPA?======

Sebab penyakit lembut hati ini adalah salah satu faktor utama sindiket penipuan pengemisan/peminta sedekah berleluasa.

Ada yang berkata:
"sedekah sahaja. menipu itu urusan dia dengan tuhan, yang penting niat kita baik. kita dapat dua pahala. pahala bersedekah, dan pahala kena tipu"

Ya, ada benarnya.

Tetapi, tahukah anda?
Mentaliti seperti inilah yang menggalakkan pertumbuhan aktiviti tidak sihat tersebut.
Sehinggakan kini, pekerjaan mengemis seolah-olah dijadikan sebagai pekerjaan keturunan mereka.

Tidak saya menghalang.
Bahkan bukan hak saya menghalang sesiapa untuk memberi pada mereka bahkan ahli keluarga saya sendiri saya tidak akan halang.

Cuma, fikir-fikirkanlah.

=======KEJADIAN BARU-BARU INI=======


Tawau, 22 MEI 17 - Gambar menunjukkan salah seorang daripada enam kanak-kanak yang 'berkerja' sebagai peminta sedekah mengelilingi kenderaan kami, yang dipandu oleh ibu saya di tapak parking Servay Hypermarket Tawau.

Semasa kami tiba di kawasan tersebut, kami dikerumuni kanak-kanak yang meminta wang sedekah secara berkumpulan. Sehinggakan saya tidak dapat membuka pintu kenderaan untuk turun disebabkan rasa tidak selamat. walaupun cuma kanak-kanak, sekalipun kita tidak tahu sama sekali apa yang ada pada mereka.

Selesai berurusan, semasa hendak pulang, sekali lagi mereka mengerumuni kenderaan kami dan  kali ini mereka bertindak agresif. Kanak-kanak tersebut mencuba untuk membuka pintu kereta bahagian pemandu (tempat ibu saya). Pada masa itu ibu saya berseorangan di dalam kenderaan tanpa saya dan seorang lagi adik perempuan saya. Bayangkan jika pada masa itu, ibu saya tidak lock pintu kereta. Apa akan terjadi?

=======PENAFIAN=======

Entri ini ditulis bukan bertujuan mengaibkan sesiapa.
Tetapi bertujuan untuk mengajar kita berfikir.
Sesuatu penulisan itu, jika dibaca dengan minda positif, maka positiflah ia dan sebaliknya.




==========IKLAN==========IKLAN==========IKLAN==========


*MINYAK KELAPA DARA IBU UNTUK IBU HAMIL GDM*

GDM 'bagaikan' tak dapat dielak tatkala usia kehamilan bertambah dari hari ke hari. Sudah pasti "kena minum air gula" memang tak dapat dielakkan.

Pengambilan Minyak Kelapa Dara IBU secara konsisten dapat membantu mengawal kencing manis. 

Dengan sesudu sehari, lihat kesannya, in sha Allah...Mari amalkan sebagai diet supplementary harian anda.

PM untuk order @ whatsapp SEKARANG 

 0195381280
 0195381280
 0195381280

No comments:

Post a Comment