Wednesday, 15 June 2016

Kenapa orang perempuan lambat bersiap?

Assalamualaikum

And

Hye

Kenapa orang perempuan lambat bersiap?


1) Buka Almari nampak macam kosong.


Hakikatnya, almari penuh dengan pakaian. Tetapi bila nak jalan ayat "nak pakai baju apa?" "Dah takda baju lah" "tudung tak matching la" bla bla bla..tapi itulah perempuan, hanya perempuan akan faham.


2) Sifat Perfectionist

Image result for sifat perfectionist

Perempuan ni ada sifat perfectionist terutama dalam bab pakaian. 
Pakaian kena teliti, tak ketat, tak longgar, warna sepadan, dan yang penting menutup aurat.

Orang lelaki kena faham, kombinasi pakaian orang perempuan banyak.
Tudung + anak tudung.
T-shirt/kemeja/ + baju dalam (inner) / sarung lengan
Skirt + skirt dalam

Orang lelaki, baju dan seluar jer dah siap.


3) Tudung tak jadi

Image result for tudung tak jadi

Tak kisahlah tudung bawal ka, shawl ka, pashmina ka, instant ka, tudung malas ka, kalau tudung tak jadi, boleh buat orang perempuan hilang mood.

Tips :
- kalau orang perempuan tu dah gosok tudung dia, jangan pepandai alihkan tudung tu waima dia letak atas meja atau kerusi ruang tamu sekalipun. Jangan kacau tudung tu.


- Masa dia tengah pakai tudung depan cermin, jangan ganggu dia. Jangan pepandai nak tolong betulkan. Biar dia buat ikut keselesaan dia sendiri.

- Bagi dia masa bersendirian dengan tenang semasa dia betulkan tudung dan jangan banyak cakap kritik tudung dia. Selalu bila tudung tu kena kritik, makin tak jadi, sebab mood dia pun dah makin tak stabil.


4) Pin dan brooch tetiba hilang

Image result for pin dan brooch hilang

Masa nak jalan tulah baru tercari-cari pin dan brooch. Ni memang biasa berlaku. Belilah sedozen dua brooch dan pin, tetap takkan cukup. Hilangnya selalu menjadi misteri.


5) Tak suka rushing

Image result for tak suka rushing bersiap

Orang perempuan tak suka rushing dalam bersiap. Tak kisah lah jenis yang make-up tebal or tak make-up langsung. Bila rushing, badan cepat berpeluh dan membangkitkan rasa tidak selesa.
Waima perfume pun dah sembur banyak-banyak, tetap dia rasa tak selesa.

Yang ni elakkan. Elakkan buat orang perempuan rushing dalam bersiap, sebab boleh buat mood dia terus hilang. Masa ni, dia boleh tukar baju rumah, dan duduk depan tv.
Kau nak jalan, kau jalanlah sorang-sorang.


6) Perlu siapkan suami dan anak terlebih dahulu

Image result for sediakan pakaian suami dan anak

Orang perempuan yang telah berkahwin, dia akan siapkan pakaian untuk suami dan anak dia dahulu lepastu baru siapkan diri dia.

Orang lelaki, kalau nak isteri siap cepat dan kemas, kau siap dulu, then kau siapkan anak. 
Bagi isteri tu masa dan ruang untuk dia siapkan diri dia.


Orang perempuan ni, susah nak faham. Tetapi cubalah dengan sikap tolak ansur.

No comments:

Post a Comment