Monday, 30 May 2016

TAKHBIB

HARAMNYA Melakukan TAKHBIB (menggoda) Isteri/Suami Orang Lain

Perbuatan untuk memisahkan seorang wanita dari suaminya tanpa alasan yang syar'ie dikenali dengan istilah TAKHBIB.

Takhbib adalah diantara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kaum muslimin. Ia menjadi penyebab banyak perceraian dan kerosakan rumah tangga di zaman ini. Kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak hadits, memberikan ancaman keras untuk pelanggaran semacam ini. Diantaranya,
1. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امرَأَةً عَلَى زَوجِهَا
”Bukan sebahagian dariku seseorang yang melakukan takhbib terhadap seorang wanita, sehingga dia melawan suaminya.” (HR Abu Daud. Sahih)
2. Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ أَفْسَدَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا
”Siapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya maka dia bukan sebahagian dariku (bukan umatku)” (HR Ahmad dan disahihkan Syaikh Syuaib al-Arnauth)
Ibnul Qoyim Jauziyah rahimahullah juga menjelaskan tentang dosa takhbib:
وقد لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم من فعل ذلك ، وتبرأ منه ، وهو من أكبر الكبائر ، وإذا كان النبي صلى الله عليه وسلم قد نهى أن يخطب الرجل على خطبة أخيه وأن يستام على سومه : فكيف بمن يسعى بالتفريق بينه وبين امرأته وأمته حتى يتصل بهما
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaknat orang yang melakukan takhbib, dan beliau berlepas diri dari pelakunya. Takhbib termasuk salah satu dosa besar. Kerana ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang untuk meminang wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain, dan melarang seseorang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, maka bagaimana lagi dengan orang yang berusaha memisahkan antara seorang suami dengan isterinya atau hambanya, sehingga dia dapat menjalin hubungan dengannya. (al-Jawab al-Kafi, hlm. 154).
Bahkan, kerana besarnya dosa takhbib, Syaikhul Islam melarang menjadi makmum di belakang imam yang melakukan takhbib (menggoda isteri orang) sehingga berjaya dia menikahi wanita tersebut. (Majmu’ Fatawa, 23/363).

p/s : Perkongsian dari saudari Sha Ara.

No comments:

Post a Comment