SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Monday, 30 May 2016

Masalah.

Ada hari bila awak ada masalah, awak memang akan rasa down.
Serabut.

Awak jadi tak kenal apa itu senyuman.
Awak jadi tak faham apa itu gurauan.

Sampai kadang-kadang kawan baik awak yang niat nak bergurau pun, awak ambil series dan cepat terasa hati.

Kenapa boleh jadi macam tu? 
Jawapannya sebab kepala awak pusing, hati awak runsing..
Tak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Yang awak tahu, cuma bersendiri. 
Lepas tu menangis. 
Dengan harapan masalah itu blah sendiri.


Tapi dengarlah cakap saya. 
Selagi mana ada hari baru, selagi itu ada harapan baru.

Cuba kita patah balik melihat hidup kita sebelum ini, 
sudah berapa banyak masalah yang telah menyebabkan kita jatuh dalam lembah kedukaan yang sama.
Putus asa. 
Hilang harapan. 
Kecewa yang berpanjangan.


Namun hari-hari selepas itu, awak tetap tersenyum kan. 
Awak tetap boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku.


Cuba tanya balik, ke mana perginya masalah yang pernah menghantui awak dulu?
Awak memang cari tak jumpa.
Kerana masalah itu pergi tanpa mengucap selamat tinggal. 
Dan dia mula hilang, sejurus awak tabah, kuat, dan mula bangkit mahu menyelesaikan masalah-masalah itu satu-persatu.


Ada masalah. 
Jangan tunggu lama-lama. 
Minta doa pada Tuhan.
Selesaikan perlahan-lahan.


"You are stronger than you think" -A.M-

No comments:

Post a Comment