SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Tuesday, 31 May 2016

Orang ketiga boleh dihukum?

Orang ketiga boleh dihukum.

Tindakan atau hukuman denda RM1,000 dan penjara boleh diambil terhadap individu mahupun pihak ketiga yang mengganggu perkahwinan pihak lain sehingga menyebabkan perceraian.

Orang ketiga yang menjadi punca perceraian boleh dituduh sebagai penjenayah mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah Undang-Undang Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan statistik, sebanyak 222,701 kes perceraian dalam kalangan orang Islam dicatat sejak 2001 hingga 2011 dan satu daripada punca perceraian disebabkan kehadiran orang ketiga.

Orang ketiga tidak semestinya scandal suami atau isteri. Boleh jadi sesiapa sahaja yang mengganggu perkahwinan tersebut sehingga berlakunya perceraian.

Kalau terjadi perceraian, itu masalah ilmu agama dan iman yang kurang terutamanya pada ketua keluarga.

For sale !!!: Inkjet Photo Printer PIXMA iP2770 RM100 include postage (Malaysia Only)

Monday, 30 May 2016

Masalah.

Ada hari bila awak ada masalah, awak memang akan rasa down.
Serabut.

Awak jadi tak kenal apa itu senyuman.
Awak jadi tak faham apa itu gurauan.

Sampai kadang-kadang kawan baik awak yang niat nak bergurau pun, awak ambil series dan cepat terasa hati.

Kenapa boleh jadi macam tu? 
Jawapannya sebab kepala awak pusing, hati awak runsing..
Tak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Yang awak tahu, cuma bersendiri. 
Lepas tu menangis. 
Dengan harapan masalah itu blah sendiri.


Tapi dengarlah cakap saya. 
Selagi mana ada hari baru, selagi itu ada harapan baru.

Cuba kita patah balik melihat hidup kita sebelum ini, 
sudah berapa banyak masalah yang telah menyebabkan kita jatuh dalam lembah kedukaan yang sama.
Putus asa. 
Hilang harapan. 
Kecewa yang berpanjangan.


Namun hari-hari selepas itu, awak tetap tersenyum kan. 
Awak tetap boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku.


Cuba tanya balik, ke mana perginya masalah yang pernah menghantui awak dulu?
Awak memang cari tak jumpa.
Kerana masalah itu pergi tanpa mengucap selamat tinggal. 
Dan dia mula hilang, sejurus awak tabah, kuat, dan mula bangkit mahu menyelesaikan masalah-masalah itu satu-persatu.


Ada masalah. 
Jangan tunggu lama-lama. 
Minta doa pada Tuhan.
Selesaikan perlahan-lahan.


"You are stronger than you think" -A.M-

TAKHBIB

HARAMNYA Melakukan TAKHBIB (menggoda) Isteri/Suami Orang Lain

Perbuatan untuk memisahkan seorang wanita dari suaminya tanpa alasan yang syar'ie dikenali dengan istilah TAKHBIB.

Takhbib adalah diantara dosa besar yang mungkin jarang diketahui oleh kaum muslimin. Ia menjadi penyebab banyak perceraian dan kerosakan rumah tangga di zaman ini. Kerana kehadirannya, membuat seorang wanita menjadi benci suaminya dan meminta untuk berpisah dari suaminya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak hadits, memberikan ancaman keras untuk pelanggaran semacam ini. Diantaranya,
1. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امرَأَةً عَلَى زَوجِهَا
”Bukan sebahagian dariku seseorang yang melakukan takhbib terhadap seorang wanita, sehingga dia melawan suaminya.” (HR Abu Daud. Sahih)
2. Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَمَنْ أَفْسَدَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا
”Siapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya maka dia bukan sebahagian dariku (bukan umatku)” (HR Ahmad dan disahihkan Syaikh Syuaib al-Arnauth)
Ibnul Qoyim Jauziyah rahimahullah juga menjelaskan tentang dosa takhbib:
وقد لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم من فعل ذلك ، وتبرأ منه ، وهو من أكبر الكبائر ، وإذا كان النبي صلى الله عليه وسلم قد نهى أن يخطب الرجل على خطبة أخيه وأن يستام على سومه : فكيف بمن يسعى بالتفريق بينه وبين امرأته وأمته حتى يتصل بهما
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaknat orang yang melakukan takhbib, dan beliau berlepas diri dari pelakunya. Takhbib termasuk salah satu dosa besar. Kerana ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang untuk meminang wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain, dan melarang seseorang menawar barang yang sedang ditawar orang lain, maka bagaimana lagi dengan orang yang berusaha memisahkan antara seorang suami dengan isterinya atau hambanya, sehingga dia dapat menjalin hubungan dengannya. (al-Jawab al-Kafi, hlm. 154).
Bahkan, kerana besarnya dosa takhbib, Syaikhul Islam melarang menjadi makmum di belakang imam yang melakukan takhbib (menggoda isteri orang) sehingga berjaya dia menikahi wanita tersebut. (Majmu’ Fatawa, 23/363).

p/s : Perkongsian dari saudari Sha Ara.

Wednesday, 25 May 2016

Perangai Pelik Instagrammers

Assalamualaikum and hye readers,

Sebagai pengguna media sosial Instagram, saya tidak terkecuali berhadapan dengan perangai pelik pengguna lain.

Dah kenapa pelik sangat nih? Uhuks!

1. Follow and unfollow.

Perangai ni yang saya paling pelik bin ajaib. Dia follow kita, lepas tu kita approve request dia, follow dia, then dia unfollow kita teruih. Eh, dah kenapa? Ke ini yang orang sebut jenis batak followers?
So, dengan rendah diri saya unfollow jer dia. Hehehe..

2. Boom Back.

Ini pula jenis yang jatuhkan bom hiroshima kat notification akaun insta kita. Dah tu, gambar last dia tinggal komen "boom back, please". Kalau tak boom back wall dia, dia unfollow terus. Terserah dari budi bicara lah nak boom back or not. Orang xda kerja je buat benda macam tu.
Saya peduli apa awak merayu minta "boom back"? Haha..kejam kan..Sekali lagi kena unfollow, saya unfollow semula..:)

3. Selfie Memanjang

Lantak awak lah nak selfie, tapi bila ecah time log in account asyik tengok muka dia jer, rasa tak selesa pula. Eh, perempuan, tak malu ker men-duck face-kan muka tu then post dekat insta terlalu kerap? Selang berapa minit jer dia upload lagi dengan post yang berlainan.
Kurangkan lah yer pose yang entah apa-apa tuh. Saya yang perempuan ni tengok pun rasa malu. Awak tak malu ker?
Saya tak jelezzz hokey, cuma rasa benda macam ni agak memalukan. Jangan salahkan lelaki yang menggatal dekat ruangan komen gambar selfie gedik kamu tuh. Dah kamu yang undang..
Sekali lagi, akaun macam ni tak kisahlah lelaki or perempuan saya unfollow teruih.

4. Akaun Perniagaan.

Akaun bisness ni jarang yang saya follow back selepas saya approved. Tetapi, saya akan cari semula dekat bahagian followers saya if saya nak shopping online.
Saja nak elak spam perniagan yang hampir sama. Lagi-lagi perniagaan pakaian dan tudung. Merana mata hati jiwa raga saya..hurmmm..

5. Screenshot and Crop

Ini adalah tindakan yang tidak beretika jika anda screenshot dan crop gambar dari akaun insta orang lain then post kat akaun sendiri. Hak cipta orang jangan nak buat main noh. Mungkin kita rasa biasa jer, tapi tuan punya gambar sakit hati, kita tak tahu.
Some said "elleh, artis ok jer kita buat gambar dia mcm tu." Itu artis. Mereka public figure memang share life diorang dengan umum. Jangan samakan dengan orang biasa-biasa jer macam kita nie..
Tanya diri, awak suka tak orang lain, entah siapa siapa ambil gambar awak tanpa izin? Sebab tu insta tak benarkan gambar dalam akaun seseorang di copy or save. Takkan itupun tak faham. Aiyyooo..

6. Dah takda kot. 

Sebab yang 5 kat atas tu lah yang selalu saya alami. Huhuhu. Meh chaw dulu, busy akhir akhir sem ni dengan preparations final exam n due date assignments and report nak kena submit.
Have a good day everyone!

Saturday, 21 May 2016

Idol

Assalamualaikum
and hye readers..



Sejak saya terbaca kisah mereka berdua ni, saya masukkan dalam senarai orang-orang kegemaran saya. It was so amazing they could endure dunia yang kejam hari ini and walked with a big smile on their faces.

How can they do that?

Bagaimana mereka ubah kekurangan yang ada pada diri mereka menjadi sumber kekuatan kepada kejayaan mereka? 
Sedangkan diri kita sendiri, walau orang lain cuma hina sedikit sahaja, kita sudah lemah semangat. Rasa dunia kita sudah gelap dan hancur.
Putus harapan sehingga kita lupa bahawa ada orang lain yang lebih sukar ujiannya dari diri kita yang normal.

Excitednya nak kenal mereka berdua ni melalui buku-buku mereka.
Tetapi sering terlupa membeli buku mereka bila tiba dikedai buku.
Godaan banyak sangat hingga ke-confuse-an melanda dengan budget yang terhad.
koh koh koh.

next time maybe..

maka ber-huhu je la sementara waktu nie..


Image result for nick vujicic books'
Image result for nick vujicic books'Image result for nick vujicic books'Image result for nick vujicic books'
Image result for nick vujicic books'Image result for nick vujicic books'Image result for nick vujicic books'


Image result for lizzie velasquez books
Image result for lizzie velasquez booksImage result for lizzie velasquez books