SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Tuesday, 26 April 2016

Pengalaman Kemarau April

Assalamualaikum
N
Hye readers!

Fuhhz!...rindunya nak blogging..berbulan tak update huhuhu..

Kemana saya menghilang?
Takyah tahulah..takda orang nak tahu..tak penting pun..(sob sob)

Kemarau April.
Masih tak hujan lagi..Masih berdoa agar rahmat Allah s.w.t (yakni hujan) turun secepatnya kat sini.

Okey,
Sebenarnya nak beri nasihat sikit based on pengalaman saya dalam beberapa bulan saya menghilangkan diri dari dunia blogging.

Berkenaan dengan memilih Pusat Rawatan Islam atau Perawat Islam.

Kadang kala, kita nampak pusat rawatan / perawat tersebut menggunakan konsep Islam (bacaan al-quran, ruqyah) tetapi sebenarnya SYIRIK HALUS.

Bagaimana?
Banyak tempat yang saya dah pergi dan ramai perawat/ pengamal perubatan yang telah saya jumpa.
Masing-masing ada cara tersendiri.

Saya bukanlah seorang hafizah atau ahli agama, tapi, asas agama islam, insyaAllah saya tak jahil lagi.

Pernah saya terjumpa dengan perawat yang:

Bacaannya tidak betul.
Bacaan al-quran, kalau sebut tidak betul, maksud boleh berubah.

Paw duit pesakit beratus setiap kali rawatan.
Sebagai pengeras or whatsoever, ini dah sah2 tak betul. Sepatutnya, biarlah seikhlas hati pesakit nak bagi berapa yang termampu. Jangan juga kedekut tak bagi apa-apa langsung. Kalau kedekut sangat takyah berubat. Bayaran khusus hanya dikenakan jika rawatan lain dilakukan seperti berbekam.

Cuba memesongkan Iman pesakit.
Ni, ada perawat yang saya jumpa, pesan dekat saya selepas rawatan macam ni; "kalau kamu masih rasa sakit, kamu ingat saya dan bayangkan saya berada di sebelah kamu. InsyaAllah, saya akan rawat kamu dari jauh."
Allahu, dalam hati saya terdetik; "Kenapa saya perlu ingat kamu, bukan Allah s.w.t? Kamu sebagai asbab dan yang membawa penyakit itu Allah dan DIA juga yang beri kesembuhan. Saya membuat rawatan sebagai ikhtiar/usaha kepada kesembuhan."

Ada juga yang bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita tanpa berlapik.
(Walau sekadar memgang pergelangan tangan pesakit perempuan)
Ya Allah, kita buat rawatan berusaha untuk sembuh tetapi jika yang haram terselit dalam usaha tersebut bagaimana?

Perkara sebegini amat menakutkan sekiranya si pesakit benar-benar mengharapkan kesembuhan semata-mata, sehingga tanpa sedar, dia hilang KEBERGANTUNGAN SEPENUHNYA yang seharusnya diletakkan HANYA PADA ALLAH S.W.T.

Ikhtiar tetap ikhtiar.

Tetapi,
Iman ada mana?
Tanya hati sendiri.
Tanya diri sendiri.

Teguran tegas!
Jangan sesekali try berubat dengan bomoh/pawang/dukun atau apa2 perawat tradisional yang sah2 jauh terpesong dari landasan agama.
Peluang untuk sembuh lagi lah tipis, sebab dihantarkannya makhluk lain untuk jaga kamu.
Tambah sakit dan tambah masalah saja.

Betulkan dan tegur saja saya andai saya silap.

wallahualam.