SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Friday, 15 May 2015

Phidophelia : Cabul dan rogol kanak kanak bawah umur !

Dinding timeline facebook penulis diketuk dengan kes phidophelia sejak beberapa hari lalu melalui status yang diupdate oleh fan page Puan Wardina Safiyyah.

Sejak dari itu, ramai pihak yang mula bersuara dan bangkit dengan kisah/pengalaman mereka sendiri. tidak kurang juga mereka yang mengkeji, mencaci maki dan mengutuk sekeras-kerasnya jenayah phidophelia ini.

Berikut merupakan rintihan beberapa mangsa phidophelia dari fan page Puan Wardina.



Kanak kanak bawah umur. mana dia tahu apa itu cabul, rogol dan sex. Bila meningkat dewasa baru dia tahu. baru dia sedar. Akhirnya, disimpan dipendam saja.."we wont talk. we trust NO ONE."

Ini realiti yang sangat mengecewakan. this is so heartbreaking tau dak?! umpama duri dalam daging. mangsa pula yang dipersalahkan dan menanggung rasa bersalah lebih dari si pendosa ! crying in silent for her(S) whole life !


KESAN JANGKA MASA PANJANG KEPADA MANGSA .


Ya ! Pastinya ia memberi kesan jangka panjang terhadap mangsa dari segi mental juga fizikal.


1.Malu

mangsa akan berasa teramat malu pada diri sndiri, masyarakat dan keluarga serta benci terhadap perkahwinan dengan menganggap diri mereka kotor dan rosak. Dilema diantara kasih sayang terhadap ahli keluarga dan harga diri amat menekan perasaan magsa. mereka kurang bergaul dan amat rendah diri sehingga boleh terlibat dalam kes bunuh diri ataupun lari dari keluarga sendiri.


2.Pendendam

mangsa kebiasaannya akan menyimpan dan memendam kisah hitam tersebut sehingga bertahun lamanya. Ini menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang tinggi. Sikap pemarah yang teramat sangat dan menganggap orang lain adalah jahat dek kerana hilang kepercayaan. Sesetengah kes, boleh mengakibatkan pembunuhan !


3.Ketakutan

mangsa juga berkemungkinan mengalami ketakutan yang melampau sehingga terigau-igau dalam mimpi.sentiasa awasi anak-anak anda jika terdapat tanda-tanda tersebut.


4.Kemaruk seks

pernah terjadi satu kes dimana bapa mangsa ditangkap oleh pihak berkuaa setelah didapati bersalah mencabul dua orang anaknya. Apa yang terjadi, si anak dan adiknya merayu agar bapa mereka dibebaskan atas alasan mereka tidak dapat tidur malam tanpa aktiviti seks bersama ayah mereka.




Ibu bapa dan masyarakat harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling anak-anak. Sesiapa sahaja boleh menjadi pemangsa dan anak-anak kita berkemungkinan menjadi mangsa phidophelia. teach them to speak. out loud!


No comments:

Post a Comment