SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Saturday, 9 May 2015

Buang Bayi

sumber facebook
Hari ini dinding newsfeed facebook diketuk lagi dengan kes pembuangan bayi. Allahu, setiap bulan, bahkan hampir setiap minggu newsfeed penulis dihujani kes-kes seumpama ini. sama ada bayi tersebut hidup ataupun sudah meninggal dunia. Virus Zina dan pembunuhan bayi ini menular hampir ke setiap pelusuk malaysia dan semakin meningkat saban hari.

Apa yang penulis ingin katakan, inilah yang terjadi apabila iman kurang didada. Begitu mudah digores, dirobek dengan nafsu. Inilah yang terjadi apabila seorang mukallaf berfikir seperti seorang mumayyiz, yakni tidak mampu membezakan antara yang baik dan buruk, dosa dan pahala. Lalu, siapa harus dipersalahkan? Ibubapa? Guru-guru? Masyarakat? atau sistem pendidikan kita?

Penulis berfikir sejenak. Dengan tulang-tulang yang retak dan urat-urat tubuh badan yang putus beribu, bagaimana seorang wanita itu mempunyai kekuatan melahirkan bayi bersendirian?Bagaimana? Sehingga dia mempunyai kekuatan untuk membunuh bayi yang dikandungnya selama 9 bulan dengan serta merta.

Perempuan, jangan biarkan dirimu terpedaya dengan janji-janji manis lelaki. Sedang itu yang akan menghancurkan kamu. menenggelamkan kamu dalam kancah zina. Dan janganlah kamu menjadi wanita penggoda. Auratmu, tutuplah dengan sempurna.

Lelaki, jangan pula kamu menyentuh hati seorang perempuan andai kamu tidak bersedia. Perempuan itu sifatnya sangat lembut dan mudah simpati, dan perasaan itu yang selalunya menghancurkan diri perempuan itu sendiri.

Ibubapa, main peranan penting. kawal pergaulan anak-anak. Anak lelaki, mahupun perempuan, kedua-duanya haris dikawal. perlu disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, penuhkan jadualnya. Sehinggakan dia tidak berfikir soal cinta nafsu di usia muda.

Jika benar cinta, salurkan nafsu dengan jalan yang betul, iaitu ikatan perkahwinan. Ibu Bapa, permudahkanlah urusan anak-anakmu untuk berkahwin. walaupun berkahwin di usia muda, itu lebih baik asal tidak terjerumus ke kancah maksiat dan pembunuhan.

Benarlah kata ustaz, manusia akhir zaman lebih kejam berbanding manusia di zaman firaun dan zaman jahiliyyah. Zaman firaun, bayi lelaki di bunuh. Zaman jahiliyyah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup.

Zaman ini? Bayi lelaki dan perempuan dibunuh dengan pelbagai cara. Dilemaskan, Dicampak ke dalam tong sampah, dibunuh kejam, dibuang merata. Mana sifat ihsan dan kasih sayang kita sebagai manusia. Inilah yang berlaku di tangisan penghujung dunia. Bahkan haiwan lebih mulia daripada manusia.


"Ya Allah, jauhilah aku dan keturunanku dari perbuatan keji.. Amin."

No comments:

Post a Comment