SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Sunday, 12 April 2015

10 hari pelaksanaan Government Service Tax (GST)

Assalamualaikum..
salam satu Malaysia dan salam GST..apa khabar raykat Malaysia? cehh..

saya sebagai seorang individu yang turut terjejas dengan pelaksanaan sistem GST terpanggil untuk menghasilkan sedikit coretan buah fikiran saya tentang GST. Sebagai seorang rakyat marhaen juga seorang pelajar universiti awam. Apa yang terlintas difikiran saya tatkala GST diperkenalkan cuma persoalan yang menggunung. Apa itu GST? bagaimana aliran GST dikenakan? wajarkah negara kita melaksanakan GST dengan status ekonomi rakyat yang pada saya di tahap yang begitu rendah? Bagaimana pula kawalan kerajaan dan pemantauan yang dijalankan? Berapa peratus rakyat yang faham tentang GST?

Golongan berkerja sahaja terasa bahang GST yang begitu menekan. Bagaimana jika golongan ini adalah golongan ibubapa muda yang juga mempunyai pinjaman pengajian yang perlu dibayar, rumah, kereta, insurans dan perbelanjaan persekolahan anak-anak?

Apatah lagi pelajar universiti awam dan swasta yang kebanyakannya dibiayai dengan pinjaman PTPTN ? yakni, kami perlu membayar hutang berserta bunga dan caj perkhidmatan setiap tahun. 

Bagaimana pula nasib mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? mungkin ada yang bertukar kepada kais harini makan harini, kais esok makan esok, kais lusa makan lusa, kais tulat makan tulat dan seterusnya.

Industri kecil dan sederhana kita terlindung atau tidak?segala kos perlu diambil kira oleh industri kecil ini.

Bagaimana cukai tersebut menggantikan cukat terdahulu (cukai SST) yang seharusnya menurunkan harga barangan? Hakikat yang sedang berlaku, harga barang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini. Dikhabarkan bahawa barangan keperluan seperti ikan, ayam dan bahan mentah lain tidak dikenakan GST. Bagaimanapun juga, ketika berada dikaunter pembayaran, harga barang yang telah dijumlahkan akan dikenakan GST. Bagaimana ikan, ayam dan gengnya melepasi pintu GST di kaunter pembayaran supermarket? Bila disimpulkan, yang terbeban adalah pengguna akhir.

KESAN AWAL GST

Beban kepada para pelajar.

para pelajar universiti awam mahupun swasta terutama peminjam penuh pinjaman pendidikan, yang pastinya tidak berpendapatan, yakni perlu membayar balik pinjaman tersebut berserta bunga dan caj perkhidmatan setahun setelah tamat pengajian. Bagaimana kami perlu menampung kos sara hidup yang begitu tinggi dengan berharapkan duit pinjaman? kos pengangkutan pelajar Sabah dan Sarawak di semenanjung dan pelajar semenanjung di sabah dan sarawak pula? tida pilihan lain selain menggunakan pengangkutan udara. Ada yang terpaksa membeli dua tiket flight dan membayar dua sewa teksi untuk satu perjalanan sahaja. 

Yuran pengajian memang ditanggung kerajaan dan pinjaman PTPTN tetapi itu tidak termasuk kos buku pengajian, kos printing, photocopy dan kos-kos projek yang diperlukan kursus. Baucer buku? Baucer buku setahun sekali itu hanya mampu menampung separuh pembelian buku pengajian yang hanya mencecah maksima 4 buah buku. satu semester pengajian mempunyai 7-8 subjek.

Pada saya, sudah tiba masanya Kad diskaun siswa 1M pelajar berfungsi sepenuhnya. Bantu para pelajar elakkan GST dengan mengecualikan cukai GST keatas para pelajar, iaitu pemegang sah kad diskaun siswa disetiap kaunter pembayaran. tidak kisahlah apa jenis barang sekalipun. Ini adalah salah satu langkah yang saya fikirkan lebih releven berbanding cadangan menteri yang menyuruh pelajar memasak di hostel. Tindakan memasak dihostel itu adalah salah disisi peraturan kolej kediaman kebanyakan universiti! bahan mentah pula tidak terkecuali dikenakan cukai GST!

Peniaga runcit gulung tikar.

Sepanjang sepuluh hari pelaksanaan GST, terdapat beberapa perniagaan runcit dan kecil-kecilan gulung tikar dek kerana kenaikan harga barang dan kos sewa premis yang naik secara mendadak. Bahkan yang sudah belasan tahun berniaga turut mengalami nasib yang sama. sumber pendapatan peniaga kecil-kecilan ini terjejas teruk memandangkan mereka perlu mengeluarkan modal yang lebih besar daripada biasa.

Ada pula yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan lebih dan menipu rakyat dengan mengenakan cukai GST tanpa mendaftarkan perniagaan mereka.

Pengangguran meningkat disebabkan banyak perniagaan runcit yang tutup dan tidak mampu bertahan dengan bahang GST yang begitu menghimpit. sehinggakan mereka terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Itu baru peniaga kecil dan runcit. Bagaimana pula perniagaan yang besar dan perlu mengurangkan kos bagi mengekalkan harga produk dan perkhidmatan mereka? Nasib para pekerja bagaimana?

CADANGAN PADA KERAJAAN

Seharusnya, kerajaan perlu mengkaji gaji rakyat dan memberi pemahaman menyeluruh kepada rakyat tentang cukai GST. Rakyat juga perlu tahu hak dan sistem cukai tersebut agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan kerajaan.

saranan saya, agar kerajaan mengurangkan perbelanjaan negara yang tidak releven dan lebih baik jika kurangkan kos pentadbiran yang tidak perlu dan membazir. Saya berharap agar pemimpin dpatmengubah persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan. Harap dengan kutipan cukai GST paksa rela rakyat terbalas. Beri pendidikan percuma, pengangkutan awam percuma, rawatan percuma dihospital kerajaan atau sebagainya yang difikirkan sesuai keperluan.

nota kaki : pemimpin zaman dahulu takut nak ambil hak rakyat walau sebesar zarah sekalipun. sanggup hidup susah dan tak demand elaun dinaikkan sebab takut nantinya dipersoalkan tentang tanggungjawabnya. zaman sekarang?

Syukur Malaysia masih Aman.

sekian, coretan saya kali ini.

by:
Hafsah Choing

No comments:

Post a Comment