Monday, 27 April 2015

Kau Siapa? Kawan atau Lawan?



gambar hiasan


Remaja, bila kamu berusia 20-an atau mula tinggal berasingan daripada ibu bapa, tak kisahlah atas faktor kerja atau melanjutkan pelajaran sekalipun. Pada saat itulah , yang pasti, kita mula kenal apa itu kehidupan yang berisi ujian didalamnya.

kamu akan berjumpa dengan begitu ramai orang yang bermacam jenis, perangai dan tabiat. kamu akan mula belajar dalam kesilapan kamu, orang lain dan mula mencari personaliti diri kamu yang sebenar.

bila berjauhan dari keluarga, kawan adalah orang terdekat yang kamu harapkan menjadi orang pertama meghulurkan bantuan. keluarga tempat bertanya bagaimana cara selesaikan masalah. kawan adalah peneman kamu untuk bertindak menyelesaikan masalah itu bersama kamu.

Ya ! disinilah bermulanya ujian. kawan tikam belakang, sakit hati, sedih, geram, marah kamu akan kenal satu persatu. kamu bahkan tidak tahu dan tercari-cari bagaimana ia terjadi setelah sekian lama ia berlalu. Pada saat itulah aku akan lemparkan pelbagai emosi lantaran tekanan yang terlalu mencengkam jiwa kamu.

kadang kala ada yang sampai putus asa dalam berkawan. Jangan begitu, cuba didik diri dalam bersangka baik dan kawal emosi pada masa dan tempat yang tertentu. jadikan lawan kita itu sebagai suntikan semangat untuk menjadi lebih baik daripada mereka.

Ada beberapa jenis kawan yang biasanya berlaku pada setiap individu :

1. Jenis yang Hipokrit dan Sampai Hati


kawan jenis yang ini selalunya bermanis muka ja bila depan kita dengan orang lain. tapi, di belakang kita, habis dia buka aib dan burukkan kita. kita kadang tak sedar dan bahkan tidak menyangka bahawa kawan kita itu yang kita lihat baik sahaja orangnya yang bawa mulut tentang kita. Hipokrit dan sampai hati nak jatuhkan kawan dia sendiri.

kalau dah tahu, baik tinggalkan saja, dan kurangkan bercakap pasal orang lain atau diri sendiri pada kawan yang kurang dipercayai. simpan sedikit keraguan dalam hati sebagai langkah berjaga-jaga.

2. Jenis yang Ambil Kesempatan


haa..yang ini banyak berlaku terutamanya di alam pengajian. kawan yang ada dekat dengan kita kadang kadang ada yang suka mengambil kesempatan. berkawan dengan kita adalah satu platform untuk mendapatkan faedah daripada kita. ada yang ambil kesempatan atas kebaikan dan kepintaran kita, dari sudut kewangan atau kesenangan. bila masa susah, kau terhegeh-hegeh cari dia. tapi, dia tak peduli pun. kadang kala, hilang terus dari hubungan persahabatan hingga menjadi orang luar (strangers). sedih bukan?

3. Jenis yang Kuat Komplain, tapi Setia DiSisi


"Eh, dia ni..asyik nak komplain ja memanjang. itu tak kena, ini tak kena. hari-hari komplain. asyik marah aku ja. marah..marah..marah..dan marah lagi.."

ada kawan yang macam ni? tapi sebenarnya dia terlalu ambil kisah akan kita, sebab itu dia komplain. tapi, kawan jenis ini kebanyakannya sedia membantu kita dalam apa jua keadaan. even kita sakit pun, dia tolong jaga walaupun dia marah kat kita. itu tanda dia kisah dan tak sampai hati nak biarkan kita tau tinggalkan kita. mintalah pertolongan apa sekalipun, insyaAllah dia sedia membantu kamu. Bebelannya itu yang kamu akan rindui bila berjauhan kelak.

4.Jenis yang buat Kita Rasa Bersalah



 "tak pe lah..yela..kita sedar diri kita ni siapa..tak lah macam orang tu..bla..bla..bla.."

haa...pernah tak alami situasi seperti ini? pasti ya bukan? bagi saya, itu adalah salah satu bentuk persuassion. nak pujuk kita buat sesuatu yang kita tak suka atau tak boleh nak buat. tapi, kalau dah selalu buat macam ni, iakan akan rosakkan emosi kita. kawan yang suka buat kita rasa bersalah akan buatkan kita rasa sedih. asyik terfikir dan membebankan. jika selalu, cuba elakkan. cari penyelesaian dan cuba terangkan pada dia.berterus terang lebih baik daripada berusaha menjaga hati dia yang akhirnya menyakiti diri sendiri.

5.Jenis kawan seperti Spongebob dan Patrick

Dalam banyak banyak kawan, kawan jenis ini  yang paling best. ketawa bersama, menangis bersama, perangai boleh tahan level gila sama dengan kita. kawan macam ni, tak pandai pun tak apa, tak kaya pun tak apa, tapi. kawan jenis ini yang paling mudah dipercayai, jujur dan setia dengan kita. baik buruk kita dia simpan dan cakap direct kat kita bila kita buat salah. 

Apa yang paling paling kita hargai, dia tiada sebab untuk berkawan dengan kita bilamana dia terima kita seadanya. tak kisahlah kau cantik atau tak. sebab perbezaan itu lah yang menjadikan kau dan dia dua manusia yang unik di mata orang lain.! kadang kala, dia belanja, bantu kita bukan sebab dia hebat, tetapi, dia lebih hargai kita daripada itu semua. respect kawan yang macam ini.


 

so, berhati hatilah dalam memilih kawan. because nowdays, 'plastics' everywhere. takut nanti terlalu banyak 'pencemaraan' di sekeliling kita. merana kita nanti. but the thing is, buat baik dibalas baik. kalau orang balas jahat, itu ujian untuk kita.


Sunday, 26 April 2015

Kerja Kosong : Portal Cari Kerja


Ingin mencari kerja?

Berikut merukan portal info kerjaya selain daripada portal suruhanjaya perkhidmatan awam.




















Portal ccarian no 2 adalah yang paling efektif. Bila kita dah register, setiap hari team kerja on9 akan hantar email pada kita. setiap kali dan stiap masa jika ada maklumat kekosongan jawatan di mana mana syarikat kerajaan mahupun swasta.

Selamat mencuba !

Thursday, 16 April 2015

"VEDNDALISME HIGH CLASS"

GAMBAR HIASAN


Apa itu VENDALISME?
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Kegiatan ini mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada penduduk awam kerana perlu mengeluarkan kos ganti rugi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh para vendalisme. Aktiviti vendalisme ini juga bergerak secara persendirian atau berkumpulan.

Apa itu VENDALISME "HIGH CLASS"?
Vendalisme yang saya definisikan sebagai Vendalisme "high class" ini merujuk kepada salah laku musnah yang dilakukan oleh seseorang atau kelompok yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang salah laku tersebut. Seseorang atau kelompok tersebut sedar dengan fikiran yang waras bahawa tindakan mereka merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang salah. Pada pendapat saya, golongan ini melakukan tabiat tersebut untuk mendapatkan kepuasan hati semata-mata. Ada juga yang berfikiran 'saja-saja' dan tidak tahu kenapa mereka bertindak sedemikian rupa.

kita sedia maklum bahawa harta benda awam adalah hak milik bersama dan aktiviti vendalisme akan menyebabkan orang lain tidak dapat menikmati harta benda awam tersebut dengan baik. Sebagai contoh, Tandas Awam, Telefon Awam dan papan Tanda. Tiga kemudahan ini adalah kemudahan asas yang paling mudah kita lihat menjadi mangsa vendalisme yang mana akhirnya, ia membawa kepada kerosakan imej negara kita terhadap persepsi pelancong luar.


Sumber berkaitan :


Definisi dan jenis-jenis vendalism


Wednesday, 15 April 2015

SUMBANGAN : MAHAAD TAHFIZ NURUL QURAN DARUL ILMI (HAFIZAH)

Assalamualaikum..

Kepada para sahabat serta saudarku....

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Sekolah Agama Rakyat telah berjaya dibuka dan didaftarkan bermula Mac 2015.

Sekolah agama rakyat tersebut diberi nama MAHAAD TAHFIZ NURUL QURAN DARUL ILMI (HAFIZAH) yang terletak di batu 8 sandakan, sabah. Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) dengan no pendaftaran : JHEINS:200-0/12/227.

Ketika ini MAAHAD TAHFIZ NURUL QURAN DARUL ILMI masih memerlukan dana untuk pembiayaan gaji guru dan pembangunan MAAHAD TAHFIZ. Justeru,Sumbangan boleh disalurkan atas nama En.MULYADI BIN KASIMIN. (CIMB 10040041089522 ) no telefon : 013 8731604 atau hubungi En.Kasmin Bin Palatui di 013 8874744.

sumber facebook : Kasmin Al-Habsyi

Sumbangan andalah amatlah dihargai. Semoga dirahmati Allah s.w.t dan menjadi modal untuk saham akhirat anda kelak.





Sunday, 12 April 2015

AisKrim Goyang Tawau

Ais krim Goyang kini mula dipasarkan di daerah Tawau.

Amat sesuai dihidangkan untuk segala majlis/keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, ulang tahun mahupun program-program kemasyarakatan.

sumber : facebook Izzah Syazana

cepat-cepat buat tempahan anda ! :)

10 hari pelaksanaan Government Service Tax (GST)

Assalamualaikum..
salam satu Malaysia dan salam GST..apa khabar raykat Malaysia? cehh..

saya sebagai seorang individu yang turut terjejas dengan pelaksanaan sistem GST terpanggil untuk menghasilkan sedikit coretan buah fikiran saya tentang GST. Sebagai seorang rakyat marhaen juga seorang pelajar universiti awam. Apa yang terlintas difikiran saya tatkala GST diperkenalkan cuma persoalan yang menggunung. Apa itu GST? bagaimana aliran GST dikenakan? wajarkah negara kita melaksanakan GST dengan status ekonomi rakyat yang pada saya di tahap yang begitu rendah? Bagaimana pula kawalan kerajaan dan pemantauan yang dijalankan? Berapa peratus rakyat yang faham tentang GST?

Golongan berkerja sahaja terasa bahang GST yang begitu menekan. Bagaimana jika golongan ini adalah golongan ibubapa muda yang juga mempunyai pinjaman pengajian yang perlu dibayar, rumah, kereta, insurans dan perbelanjaan persekolahan anak-anak?

Apatah lagi pelajar universiti awam dan swasta yang kebanyakannya dibiayai dengan pinjaman PTPTN ? yakni, kami perlu membayar hutang berserta bunga dan caj perkhidmatan setiap tahun. 

Bagaimana pula nasib mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? mungkin ada yang bertukar kepada kais harini makan harini, kais esok makan esok, kais lusa makan lusa, kais tulat makan tulat dan seterusnya.

Industri kecil dan sederhana kita terlindung atau tidak?segala kos perlu diambil kira oleh industri kecil ini.

Bagaimana cukai tersebut menggantikan cukat terdahulu (cukai SST) yang seharusnya menurunkan harga barangan? Hakikat yang sedang berlaku, harga barang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini. Dikhabarkan bahawa barangan keperluan seperti ikan, ayam dan bahan mentah lain tidak dikenakan GST. Bagaimanapun juga, ketika berada dikaunter pembayaran, harga barang yang telah dijumlahkan akan dikenakan GST. Bagaimana ikan, ayam dan gengnya melepasi pintu GST di kaunter pembayaran supermarket? Bila disimpulkan, yang terbeban adalah pengguna akhir.

KESAN AWAL GST

Beban kepada para pelajar.

para pelajar universiti awam mahupun swasta terutama peminjam penuh pinjaman pendidikan, yang pastinya tidak berpendapatan, yakni perlu membayar balik pinjaman tersebut berserta bunga dan caj perkhidmatan setahun setelah tamat pengajian. Bagaimana kami perlu menampung kos sara hidup yang begitu tinggi dengan berharapkan duit pinjaman? kos pengangkutan pelajar Sabah dan Sarawak di semenanjung dan pelajar semenanjung di sabah dan sarawak pula? tida pilihan lain selain menggunakan pengangkutan udara. Ada yang terpaksa membeli dua tiket flight dan membayar dua sewa teksi untuk satu perjalanan sahaja. 

Yuran pengajian memang ditanggung kerajaan dan pinjaman PTPTN tetapi itu tidak termasuk kos buku pengajian, kos printing, photocopy dan kos-kos projek yang diperlukan kursus. Baucer buku? Baucer buku setahun sekali itu hanya mampu menampung separuh pembelian buku pengajian yang hanya mencecah maksima 4 buah buku. satu semester pengajian mempunyai 7-8 subjek.

Pada saya, sudah tiba masanya Kad diskaun siswa 1M pelajar berfungsi sepenuhnya. Bantu para pelajar elakkan GST dengan mengecualikan cukai GST keatas para pelajar, iaitu pemegang sah kad diskaun siswa disetiap kaunter pembayaran. tidak kisahlah apa jenis barang sekalipun. Ini adalah salah satu langkah yang saya fikirkan lebih releven berbanding cadangan menteri yang menyuruh pelajar memasak di hostel. Tindakan memasak dihostel itu adalah salah disisi peraturan kolej kediaman kebanyakan universiti! bahan mentah pula tidak terkecuali dikenakan cukai GST!

Peniaga runcit gulung tikar.

Sepanjang sepuluh hari pelaksanaan GST, terdapat beberapa perniagaan runcit dan kecil-kecilan gulung tikar dek kerana kenaikan harga barang dan kos sewa premis yang naik secara mendadak. Bahkan yang sudah belasan tahun berniaga turut mengalami nasib yang sama. sumber pendapatan peniaga kecil-kecilan ini terjejas teruk memandangkan mereka perlu mengeluarkan modal yang lebih besar daripada biasa.

Ada pula yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan lebih dan menipu rakyat dengan mengenakan cukai GST tanpa mendaftarkan perniagaan mereka.

Pengangguran meningkat disebabkan banyak perniagaan runcit yang tutup dan tidak mampu bertahan dengan bahang GST yang begitu menghimpit. sehinggakan mereka terpaksa memberhentikan pekerja mereka. Itu baru peniaga kecil dan runcit. Bagaimana pula perniagaan yang besar dan perlu mengurangkan kos bagi mengekalkan harga produk dan perkhidmatan mereka? Nasib para pekerja bagaimana?

CADANGAN PADA KERAJAAN

Seharusnya, kerajaan perlu mengkaji gaji rakyat dan memberi pemahaman menyeluruh kepada rakyat tentang cukai GST. Rakyat juga perlu tahu hak dan sistem cukai tersebut agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan kerajaan.

saranan saya, agar kerajaan mengurangkan perbelanjaan negara yang tidak releven dan lebih baik jika kurangkan kos pentadbiran yang tidak perlu dan membazir. Saya berharap agar pemimpin dpatmengubah persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan. Harap dengan kutipan cukai GST paksa rela rakyat terbalas. Beri pendidikan percuma, pengangkutan awam percuma, rawatan percuma dihospital kerajaan atau sebagainya yang difikirkan sesuai keperluan.

nota kaki : pemimpin zaman dahulu takut nak ambil hak rakyat walau sebesar zarah sekalipun. sanggup hidup susah dan tak demand elaun dinaikkan sebab takut nantinya dipersoalkan tentang tanggungjawabnya. zaman sekarang?

Syukur Malaysia masih Aman.

sekian, coretan saya kali ini.

by:
Hafsah Choing