Thursday, 31 December 2015

Birthday Shoutout IV


Selamat Hari Lahir Ibu,

Aku kini menghitung hari dalam bimbang.
Ingin pulang bertemu ibu tercinta!

Tunggu,
Aku pulang.

Langkah ku disini.
Aku gagahkan untuk ibu,

Peritnya kaki ini,
Berjalan diatas onak dan duri,
Kecil saja nilainya,
Jika dibandingkan dengan cintamu.

Mohon,
Restu dan Redha mu,
dalam setiap langkah ku,
dalam setiap perbuatanku,
dalam setiap alunan lisanku.

Doaku,
buat ibu yang tercinta sentiasa.

Al-Fatihah.

Wednesday, 30 December 2015

Solidariti untuk Zulkifli


Rumah adalah kawasan peribadi kita.
Harta kita adalah apa yang kita ada di dalam rumah kita.
Harta yang paling berharga adalah keluarga kita bukan wang ringgit semata-mata.

Rumah kita diceroboh.
Nyawa kita, dan nyawa ahli keluarga kita dalam bahaya.
Agak-agak, apa tindakan yang harus kita lakukan selain bertindak mempertahankan diri sendiri?

Andaikan rumah (negara) kita diserang penjajah/anasir luar.
Apa kita harus duduk berdiam sahaja?
Pasti Bala tentera kita akan diarahkan bersiap sedia pertahankan negara.
Sama sahaja kesnya dengan En.Zulkifli, cuma kes ini belaku dalam konteks yang kecil.

Apa ia menjadi satu kesalahan jenayah untuk mempertahankan diri dan ahli keluarga?
Jika benar, tidak hairanlah jika kes jenayah meningkat. Rompak, bunuh, rogol, dan sebagainya..
Tidak saya mempertikaikan rasionalnya hukuman mahkamah, 
akan tetapi, sudah menjadi kebiasaankah kes seperti ini dikategorikan sebagai kes jenayah berat?
Seksyen 302, kanun keseksaan jika disabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.

Nyawa adalah harta yang paling berharga.
Bahkan dalam beragama, kita dianjurkan untuk melindungi nyawa.
Ya, sudah tentu kita tidak berhak keatas nyawa orang lain.
Tapi, bagaimana jika keadaaan yang memaksa kita bertindak sedemikian?

Baca kronologi kes ini di sini..

"Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.-sumber SK"

 "....kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.-sumber SK"

Apa yang berlaku adalah sangat tidak wajar.

Dimana relevennya?

Kawasan rumah diceroboh. Mangsa mempertahankan diri dengan menikam kedua-dua suspek yang bersenjata.
**mestilah sebagai tuan rumah, cepat-cepat bersedia mengambil senjata untuk pertahankan diri. dah nama pun rumah sendiri. dah tahu suspek membawa/memegang senjata, takkan nak duk nganga ja tunggu suspek serang baru terkial-kial cari senjata?

Mangsa ditahan dan disabit kesalahan dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
**adakah bersedia dengan senjata telah dikategorikan sebagai berniat membunuh? common sense la..tindakan refleks. tidak semestinya menggunakan senjata tajam seseorang itu sudah sah dan memang berniat untuk membunuh! mungkin saja niat mangsa hanya untuk mencederakan, setakat melemahkan/membataskan pergerakan dan niat kedua-dua suspek?
kedua-dua suspek saya kategorikan sebagai penjenayah yang agresif kerana bertindak menyerang mangsa instead of melarikan diri daripada ditangkap tuan rumah dan berkemungkinan besar berniat untuk membunuh tuan rumah.

Kes ditukar kepada seksyen 304 kanun keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.
**mangsa bukanlah berada dalam golongan yang berada. RM15000 bukan nilai yang kecil pada ahli keluarga mangsa!

Kes disebut semula dibawah seksyen 302 dan 326 yang membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin.
**bayangkan dengan keadaan ahli keluarga yang masih trauma, wang ikat jamin telah dibayar sebelumnya, kes masih dalam perbicaraan, mahkamah putuskan semula sebutan kes kepada seksyen 302! pada saya, seharusnya dari mula lagi ia adalah seksyen 304 kerana kes tersebut berlaku di dalam kawasan rumah mangsa, dan tindakan agresif kedua-dua suspek yang mengakibatkan keadaan tersebut berlaku. lainlah kesnya jika mangsa yang menyerang terlebih dahulu!

Hal ini membebankan dan sangat tidak berperikemanusiaan kepada ahli keluarga mangsa!
Jangan kerana undang-undang manusia yang boleh dipinda pada bila-bila masa, kita hilang rasional dan empati.

Jika kini hak kita sebagai individu (tanpa niat yang salah) di rumah sendiri bisa direntap begitu sahaja dek undang-undang, bagaimana pula jika ia berlaku diluar rumah? Boleh jadi mempertahankan diri juga adalah satu jenayah!



***Ini hanyalah pendapat saya. harap tidak mengguris hati mana-mana pihak. Betulkan jika ia difikirkan tidak releven. mohon kebaikan untuk semua***

Year End + New Year Giveaway? By Aynal M


Thanks to Opi tag akak again..:) 

so, marilah berkenal di Ig pula..:D
 my IG : @hf_ch

tags :

RePost : Asiatic Organic Farm & Longhouse Resort

Dear readers, 
Entri kali ini adalah re-post entri dari blog saya yang dahulu pd tahun 2013.
http://****.blogspot.com/2013/09/asiatic-organic-farm-longhouse-resort.html?m=1
tapi link tu dah takda dah..I dah delete blog tu..hehe
tak sangka pula ada yang view blog tue,
sebab tempat yang aku promote ni, terletak di kawasan pedalaman Tawau, Sabah.

So, I would like to introduce you all the new organic-environment resort here in Tawau, Sabah.

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
Welcome to
Asiatic Organic Farm & Longhouse Resort

Terletak di Batu 38 kalabakan Tawau, Sabah, perjalanan dari bandar Tawau 
memakan masa lebih kurang 45 minit. 
Bergantung kepada kelajuan pacuan 4 roda anda. hehehe..
Masa aku pergi ni under conpany tempat aku praktikal.
Supervisor kami drive laju ja. highway, tapi kena berhati-hati,
sebab lori kayu balak banyak lalu kawasan ni. Dan sebahagian jalan pula tidak berturap.
Kawasan pembalakan utama di Tawau, Sabah.

Pada tahun 2013, (masa aku datang ni), resort masih dalam kerja-kerja pembinaan.
***Tak tahu pula dah buka or tak kepada orang luar..huhuhu***

Tempat ini dijaga sepenuhnya tanpa bahan kimia.
Dah nama pun organic area kan..
Rumput pun, tak boleh racun tau, 
mereka upah pekerja untuk mencabut rumput agar tidak menjejaskan tanaman
herba dan tanaman hutan liar yang lain.

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
ok. ini papan tanda amaran kepada pengunjung.
Kena daftar tau sebelum masuk ke sini.
Masatu kami daftar di pintu pagar ja dengan pengawal.
Bear in mind ya..datang sini you all tak boleh nak bawa racun serangga (ridsect).
yang dibolehkan hanya lotion mengahalang gigitan serangga yang kita kena apply pada badan tu.

Jangan risau,
penginapan resort ini lengkap dengan kemudahan bilik tidur berserta bilik air.
***air conditioner pun ada hokey...ini bukan calang-calang resort..semua lengkap.***

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
ini pula view dari bahagian depan.
ini bukan full-view ya..ada lagi belah tepi kiri tu..tapi tak sempat ambil..huhu..

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
Inilah bahagian dalam sebelah kiri yang menghubungkan dewan makan ke bilik-bilik resort.
sebahagian dewan makan resort ini berbumbung dan sebahagian lagi tak berbumbung.
So, kalau malam tu  tak hujan, enjoy la barbecue di bawah langit malam 
yang indah dan diiringi dengan irama merdu makhluq-makhluq hutan.
***haiwan, ya..bukan hantu...huhu*** 
dan, dah nama pun resort kan, jangan risau, ada restoran khas kat situ..

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
ini pula laluan yang menghubungkan bilik-bilik tetamu dengan dewan utama.
haaa..hujung tu dewan..panjang lagi ke kiri tu..
as you can see, diorang dah prepare siap-siap tempat nak membakar (BBQ).

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
ni pula bilik-bilik tetamu.
As I mention before, masa aku pergi, masih dalam proses pembinaan.
That girl adalah pertner saya dan anak manager (baju oren), serta supervisor kami.
Tak perlu risau lah pasal gigitan nyamuk atau serangga-serangga lain.
leave it to them..hehe

Gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing
Kiranya, aku dan kawan aku pengunjung pertama lah walaupun tidak direkodkan..
huhuhu..:P
hokey2..atas sebab latihan datang sini.
tapi, selalunya researchers dan climbers ja yang akan datang tempat ni,
sebab tujuan utama mereka adalah ke tapak penyelidikan dan hiking
di Maliau Basin (Sabah's Lost World, air terjun 7 tingkat tau..)
resort ni sebagai tempat pernginapan mereka lah..

so, kengkawan,
maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web Asiatic Organic Farm.

****
Kesemua gambar adalah koleksi peribadi saya. jika ingin menggunakannya, sila maklumkan terlabih dahulu .
Email : hafsahambo@gmail.com
FB : Hafsah Choing

********
p/s : muka tak leh tunjuk, kalau tunjuk sangat tak perlulah blog ni digelar wanita disebalik topeng. huhuhu

Monday, 28 December 2015

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE



Its about Asr here in perlis.
Rasanya dah boleh rest study nie.
wehuuuu!!

TEA TIME!

sambil-sambil tu, blogwalking. rajin kan aku.?
kepala aku dah tepu nie dengan fi'il bahasa arab nie...I'm so scared..T_T..
huhu..
***ibu, ayah, dan kawan-kawan..doakan aku semoga dipermudahkan final exam nanti!***

mana yang tengah enjoy their tea time tu, meh sini join GA Eimma ni. :)
Special thanks to Keladi sebab tag.. :)
Kalau  bukan disebabkan tagging daripada rakan-rakan blogger dan invitation daripada tuan penganjur segmen, memang aku susah nak join segmen-segmen ni semua..malklumlah..newbie aktif blog..hehe
***maka berhuhuhu jela aku...***

Pandangan aku tentang blog Eimma yea?
hurmmmm.....
Pandangan aku...
Pandangan aku...
PINKKKKKKKKK!
hahahahaha!

Pinky-pinky-white!
Pink bermaksud sweet dan manis.
Kemas dan tersusun. Tak perlu ubah apa-apa.

Cantik itu bergantung pada mata yang melihat.

Simple is beautiful.
Such as black is beautiful.
Pinky-white is beautiful.
Such as Eimma for sure beautiful.

**eh, eh, terpuitis pula..hehehe

Cantiklah gabungan warna-warna lembut pink, white and baby blue tu..suka sangat tengok.
Dah banyak kali terjah blog Eimma. 
cuma kebelakangan ni amatlah busy dengan preparation final.
Sempat terjah dua tiga blog ja tiap kali blogwalking.*dush!

owh..owh..
tentang hadiah TOP REFERRER tu, 
cadangan saya Eimma buat ja lah as hadiah sampingan.. :D

Hokey, teman-teman blogger yang lain..meh serbu segmen GA Eimma nie.
Buat gempak2 biar Eimma confuse pilih winner.. XD

Dan aku taaagg...


Good luck!
Tea Time dah habis dah..T_T
kena pegi jog untuk sado!eh..

***Maaf andai ada gurauan yang kasar dalam entri ini.***

Blog Review by Beeha Azman for Top Referral



Segmen lagi..:)
Click banner to join.K.
thanks to Opi sebab tag :)

TARIKH : 25/12/2015 - 15/01/2016

Tag : Ennor

Selamat bersegmen :)

entry pendek sebab letih mak nak..

Sunday, 27 December 2015

Smart Phone Pertama Buatan Anak Tawau?!

WAU!!


betul ka nie?



Photo Credited to : FB : FaEzz Sabahan II (official photographer)


YES! 
Anak tawau berjaya menghasilkan smart phone pertama dengan jenama TAWAU MOBILE.
Telefon bimbit jenama TawauMobile ini adalah hasil usaha En. Azizul Hj Tandek yang merupakan anak jati Tawau, Sabah.

Photo Credited to : FB : FaEzz Sabahan II (official photographer)

Majlis Pelancaran berlangsung di dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau
pada 26 December 2015 
Dirasmikan oleh YB Datuk Hjh Hamisa Samat. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah.
Official Photographer : Faezz Image Printing & Photography

**Baru semalam dilancarkan. dengar-dengar bakal dipasarkan awal Januari 2016!**

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar majlis pelancaran telefon bimbit TawauMobile:)

Photo Credited to : En. Azizul Hj Tandek 

Photo Credited to : FB : FaEzz Sabahan II (official photographer)

Photo Credited to : FB : FaEzz Sabahan II (official photographer)

***tengok design telefon ni rasa tertarik pula. cantik dan simple. Balik tawau nanti, nak usha2, kot-kot dapatlah satu kan. kebetulan Hp sekarang ni dah problem T_T.***

Bangga dengan produk keluaran anak tawau yang staraf dengan produk antarabangsa yang lain.

Setinggi-tinggi Tahniah saya ucapkan kepada En. Azizul Hj Tandek  atas pencapaian beliau yang memberangsangkan dan membawa nama Tawau ke peringkat yang lebih tinggi.

SELAMAT BERJAYA dan SEMOGA MAJU JAYA!

***rakan-rakan blogger bolehlah viralkan entri ini. support produk buatan bumiputera, buatan anak Malaysia.:D***

Saturday, 26 December 2015

Pekan Tanpa Sampah ?

Wujudkah pekan tanpa sampah ni?

Macam mustahil ja kan. even though dekat tempat kita ini ada ja pusat kitar semula tapi, masih menghasilkan berjuta-juta tan sampah dalam setahun.

Dear Readers,
Image result for kamikatsu japan zero waste

Welcome to Kamikatsu, Japan.

Inilah pekan kecil yang dikenali di Jepun sebagai Zero Waste Town. Dengan jumlah penduduk 1,700 orang, pekan ini menjalankan "Zero Waste Program" dan mengambil serius misi mencapai Zero Waste pada tahun 2020.

Apa yang mereka lakukan sehingga tiada satupun sampah dihasilkan dalam sehari???


Image result for kamikatsu japan zero waste

Kesemua lapisan masyarakat, tidak kira di rumah ataupun industri, diwajibkan untuk mengasingkan sisa buangan mereka kepada 34 kategori.
***whatt??!! dekat tempat kita ni, nak asingkan sampah kepada 3 kategori ja pun susah. Jangankan nak asingkan, buang sampah kedalam tong sampah pun payah..***

Image result for kamikatsu japan zero waste

For your information, setelah sisa-sisa tersebut diasingkan, mereka perlu cuci/bersihkan sendiri bahan bahan kitar semula tersebut sebelum dihantar ke kilang kitar semula.
***see, rajinnya housewifes dan pekerja industri pekan tersebut. dah asingkan, kena cuci pula..***

Image result for kamikatsu japan zero waste

Sebahagian bahan-bahan kitar semula tersebut diproses menjadi bahan-bahan kraft, teddy bear, dan pakaian. Sisa makanan pula 100% dijadikan baja untuk tanaman mereka.

Zero waste = Zero pollution.
Environment pekan ini sangat-sangat bersih tanpa sampah sarap yang bertebaran bergelimpangan di atas jalan. melalui program ini, they cut down cost untuk melupuskan sisa buangan dan mengelakkan pembakaran secara terbuka.

Pekan ini harus dijadikan pekan contoh kepada dunia.

"Mampukah negara kita mengamalkan konsep Zero Waste ni?"

Yeah, why not? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Permulaan memanglah agak tough. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menerapkan sikap ini dalam kalangan masyarakat dan jadikan ianya sebagai rutin harian kita.
Well, if you used to it, it will became normal kan..

"Mereka tak apa lah, jumlah penduduk kecil. Sedikitlah sampahnya..ye tak?"

Jumlah penduduk mereka memanglah kecil tapi, bersesuaian dengan keluasan kawasan pekan mereka. pekan kecil je tu weii..
Membandingkan jumlah penduduk mereka dengan sesuatu kawasan yang lain amatlah tidak releven untuk menidakkan/menahan sesuatu perancangan untuk berfungsi dengan baik.

Agak-agak, kalau program ini diaplikasikan dalam negara kita berhasil tak?
Program-program kitar semula semakin lama semakin tenggelam dan tidak begitu aktif seperti kempen-kempen kesedaran yang lain.
***selalu dekat tv paling aktif kempen kesedaran kesihatan seperti HIV, AIDS, DADAH etc***

**Ini hanya pendapat saya. mohon kebaikan untuk semua..:D**

Ask Me Segmen 2015 : Q&A slot!


Soalan dari  Sarah

1. Pada pendapat sis Hafsah, apakah yang perlu saya ubah dalam blog saya ? Mungkin perlu ataupun tidak?

okey, ini pendapat akak.

Blog Sarah dah cantik. tak perlu ubah apa-apa. kemas, simple dan mudah. Orang blogwalking ni nak cepat. Takda masa nak scroll terlalu lama dalam satu-satu blog or tekan button satu persatu. Yang kemas-kemas macam nilah akak suka tengok dan selalu visit. Penggunaan warna pun menarik! good job sarah! :)

2. Adakah sis Hafsah suka mengumpul sesuatu barang dsb sebagai koleksi ? Tudung ke ? Pen ke ? Buku ke?hahah.

YES! akak suka kumpul barang.

Antara barang-barang tersebut setem dari pelbagai negara, Duit syiling pelbagai negara dan keychains. Dalam koleksi akak sekarang ni, paling banyak keychain la yang akak kumpul. sebab kawan-kawan akak suka bagi keychain bila mereka pergi oversea. Barang paling lama pula setem dan duit syiling. akak tak ingat dari tahun berapa punya setem dan duit syiling. tapi dah lama. akak jaga baik-baik barang lama ni, sebab akak suka barangan antik. :D

3. Bilakah terdetik nak buat idea blog 'wanita disebalik topeng' dan kenapa?

Soalan ini memang misteri ni..haha!

Sebelum kekal dengan nama "wanita disebalik topeng", blog ni dah macam-macam nama akak letak. Tapi, masih tidak memenuhi citarasa dan kehendak akak. rasa seperti tidak mencerminkan personaliti akak. Blog ini kekal dengan nama wanita disebalik topeng sebab akak tak nak terlalu dikenali tetapi pada masa yang sama, tidak juga akak sembunyikan perwatakan atau identiti akak.


Soalan dari Keladi Ubi

4. Teka berapa umur keladi?

Muahahaha!..main teka-teka ya? segmen chill, soalanpun chill habisssss. memang berjodoh sangatlah tu. haha!*gurau2..

okey2..kalau nak jawapan yang tepat memang taklah kan..lagipun, saya kena save 'kuasa sakti' saya untuk final exam nanti. haha! satu lg, tekaan tidak semestinya kena tepat. Maksudnya, bolehlah beri jawapan dalam bentuk anggaran... :P.

Berdasarkan cara penulisan en. Keladi *cehhh.. so, saya anggarkan umur Keladi antara 25-30 tahun..ahaks! Andai ter-Tua, maafkan saya ya, andai ter-Muda, anggap ja satu pujian..:)

****ni, keladi ubi jenis apa? haha teringin pula nak balik kampung makan ubi rebus cecah garam dan cili padi..glupp!***


>>You're next!


Ask Me Segmen by Hafsah Choing

Assalamualaikum and hye..

Tetiba pula terfikir idea nak buat segmen lain dari yang lain sedikit.
Sambil-sambil join segmen ni,
boleh lah saya blogwalking dan tambah rakan..:D
Itupun jika ada yang sudi join.
Maklumlah I nie newbie..
haha!

HOW?

kenalah baca terma dan syarat saya di bawah banner ni..:)


Terma dan Syarat:

1. Follow blog Hafsah Choing *wajib

2. Buat entri bertajuk "Ask Me Segmen by Hafsah Choing"

3. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini.

4. Berikan maximum 3 soalan dalam entri anda untuk saya jawab.
*soalan pendapat sangat dialu-alukan. insyaAllah akan saya jawab seikhlas hati :D*

5. Soalan perlu berbeza bagi setiap blogger.
*saya akan update di entri seterusnya./click banner dibahagian bawah entri ini*

6. Jangan tanya nama penuh saya dan hal-hal yang terlalu peribadi.
*saya berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan yang sensitif, bercanggah dan difikirkan tidak sesuai*

7. Tag sekurang-kurangnya seorang rakan.

8. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen.

9. Segmen tamat pada 31 December 2015.

***Maaf, saya tak sediakan GA. Segmen ini adalah segmen pertama dan percubaan saya. Salam kenal :)***

Friday, 25 December 2015

Birthday Shoutout III

Birthday Shoutout for Farrah & Fezah!

Due to stress of study week, ditambah lagi dengan cuti umum (cafe tutup weii).
Tetiba bebudak ni ajak pergi picnic!
Tapi picnic bukan saja-saja tau,
Picnic sambil surprise-kan birthday girls Farrah and Fezah!


lokasi pilihan kali ini bertempat di Kuala Perlis!
Tak lah jauh sangat dari kediaman.
Sekali sekala laburkan sedikit wang, enjoy and rilex, chil chil dengan housemates.
Bonding time katanya..:)


Menu kali ini simple sahaja.
Jimat, masak sendiri.
-2 slice kek sebagai syarat
-Spaghetti
-Nasi lemak
-Apam Balik
***dah makan, bagi hadiah.Selesai picnic***


"Dah makan, kita buat apa anak-anak?"

 "selfie lahh..."


Picnic-nya setengah jam ja. Selfie tu yang berjam-jam!

haha!

Best day ever!

Happy Birthday Farrah & Fezah!

Thursday, 24 December 2015

I've been tagged by Sarah Lalala !

 Assalamualaikum and hye everyone !

Rasanya bulan ni ter-over active aku berblogging.
Jumlah viewers pun tetiba naik mendadak.
what happen lorh?!!
what..what..what..?????

Now, dah kena tag pula oleh Sarah Lalala.
OMG!!!
why me..why me..
why?
why?
why?
Ni kes curious sangat sebab nama blog akak misteri sangat or randomly tag ni?
hehehe..
but don't worry, I felt so delighted to answer your questions. :)

***Akak gelarkan diri dengan nama panggilan akak lah yea, sebab Sarah muda sangat dari akak..:D***

1. Nama panggilan dalam blog.

Seperti tertera, dalam blog akak guna nama Hafsah Choing.
Bahkan dalam akaun facebook, twitter and instagram pun guna nama yang sama.
***Bear in mind, its not my full name. Choing tu nama arwah datuk akak.***
Akak dikenali dengan pelbagai nama samaran di alam nyata.
tetapi lebih suka orang panggil hafsah.

***sebab nama kita akan mencerminkan personaliti kita, sedikit sebanyak akan membentuk peribadi..:D so, gunalah nama sebenar..:)***


2. Currently studying or working? where?

Currently full-time student.
Akak tengah struggle for my degree. huwaa..T_T
#PrayforHafsahChoing
Sekarang berada di tahun akhir, InsyaAllah.

Where?
Di salah sebuah IPTA di Utara Malaysia.

***Bila dah dapat degree nanti, akak akan beritahu U mana akak masuk. okey?***


3. Paling minat dalam bidang apa?

haha..soalan famous ni..selalu orang tanya.
Kekadang confuse akak nak jawab.
Banyak sangat akak minat nak buat..
Akak paling minat bidang business, fashion design & fotografi. 
lepas SPM dulu, akak terus pergi daftar kursus asas jahitan kat GiatMara tempat akak for 6 months.
Alhamdulillah, berjaya tamat kursus

Ingatkan lepas STPM, nak sambung ambil sijil latihan pula.
tapi, rezeki dapat masuk IPTA, dapat course yang akak minat juga.
so decide masuk IPTA.
Fyi, dari SPM hingga STPM, akak memang dah ditakdirkan berada dalam aliran perniagaan..:D 
Since akak juga menaruh hati dalam bidang fotografi, masa study nilah akak join club fotografi universiti.

***cedok ilmu selagi ada peluang dan kudrat. tak dapat semua tak apa, sedikitpun, jadilah asalkan berusaha***


4. Suka baca buku/novel genre apa?

Kalau buku jenis bukan fiksyen, akak lebih suka baca buku-buku tentang sejarah atau ketamadunan, buku-buku travelog penulis terkenal dan buku-buku keagamaan (sebab tengah tambah ilmu agama..cetek sangat...huhuhu)

Kalau buku jenis fiksyen, seperti novel, akak suka baca novel-novel bergenre seram, misteri atau penyiasatan.
Novel macam ni, sekali akak dah sentuh, memang melekat susah nak lepas.
Sebab, bila baca novel bergenre seram/misteri/penyiasatan ni, tahap curiosity tu semakin lama-semakin tinggi.
Ilmu pun dapat juga berbanding novel cinta...huhuh

***entah kenapa akak langsung tak minat novel-novel romantik seperti yang berlambak dipasaran.***


5. Paling selalu buka blog, pukul berapa dan hari apa?

Tak ada masa dan hari yang tetap untuk buka blog.
Kecuali akak sibuk sesangat, hanya akan buka blog pada hujung minggu.
Akak seorang yang suka menulis daripada bercakap.
so, at least each month, tetap akan ada update dalam blog.

lagi satu, idea.
bila dah datang, akak akan tulis terus dan publish ke dalam blog.
walaupun masatu pukul 3-4 pagi. haha.!
dahsyat tak??

***Tapi, sekali dah malas buka blog, berbulan juga tak bukak.T_T***


6. Describe yourself personalities.

AMBIVERT.
I'll react based on situation.
Sometimes I can be an extrovert, jadi peramah sangat, orang yang akak tak kenal pun akak tegur. 
This will happen jika akak selesa dengan surroundings.
Bila akak tak selesa atau malu, akak akan jadi introvert. Soal satu, akak jawab satu patah ja. Bukan sombong, cuma, baru nak sesuaikan diri.
Tapi, kalau berbual dalam media sosial, akak boleh jadi extra extrovert dan agak masuk air sedikit. kerja nak kenakan orang ja..

TEGAS or GARANG?
Entahla, some people kata akak garang, some said akak tegas.
Mungkin sebab akak dah terbiasa dengan suara yang agak lantang dan kasar.
Sebab dari zaman sekolah (rendah-menengah) sampailah ke zaman universiti (now), akak tak pernah missed join perbarisan dalam unit beruniform.
Now, even akak cuba lembutkan (perlahankan) suara ketika bercakap agak susah sebab dah terbiasa terpekik melolong kat padang kawad..
Pity me..T_T


7. Dah berapa lama/tahun berblogging?

As I mention before kat entry "segmen bloglist encik kidal 2.0", since 2011 lagi.
maksudnya, dah hampir lima tahun berblog.
mula aktif semula sejak masuk universiti 3 tahun lepas.
Pada tahun 2014 baru blog ini ada entries dan tema yang tetap.


8. Describe Blog "Sarahlalala" dengan ownernya sekali.

Seriously, I do admire your blog.
Simple, kemas dan sangat mudah nak faham.
Awak sangat bijak bermain dengan warna. Tak sakit mata nak view dan baca entries awak..:)
well, I see you as someone yang peramah berdasarkan gambar-gambar yang awak upload dalam entries awak dan keberanian awak tag akak.
hahaha!
***maaf, jawapan ini terlalu sweet rasanya.. :')***


9. Umur tahun 2015?

Hurm..soalan ini agak payah sikit yea...
Soalan ini, awak kena jawab dengan menjawab soalan akak.
Akak nak bagitau direct umur kat sini agak "hurmmm" hehehe..

soalannya:
x + y = 3y - 1. Given value of y = 12.
find the value of x.
you will get my age.

***simple equation ja ni..hehe..maaf andai ter-kejam disini.***

****Maka selesailah sesi taaruf ini. Maaf andai terkasar bahasa dalam memberi jawapan. Mohon kebaikan.**** 

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova

Salam Maulidur Rasul.

Its 12:45 AM.

Bagi memenuhi jemputan adik Fieyqa, gigih juga aku update entry ni.

dah alang-alang tak boleh tidur balik..huhu :'(

segmen bloglist kali ini, segmen yang ke 4 rasanya aku join. :D

dan antara segmen yang paling mudah. haha :)


Fieyqa, banner awak okey ja..simple & nice gitu..tak buruk pun... :D

Tags :


***Terima Kasih atas jemputan Tuan Tanah Cik Fieyqa***

Wednesday, 23 December 2015

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Entry ini dicatat bagi memenuhi seruan Encik Kidal .
Terima kasih invitation-nya.. :D


First time join segmen yang ada soal jawab ni..
rasa macam kena interview weii..
hahaha...!
InsyaAllah, saya jawab dengan tulisan tulus ikhlas dari hati..cehhh.. :PP


1. Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?

Kenapa? sebab minat dalam bidang penulisan.
Idea untuk menulis itu ada dan kadang-kala terlalu banyak. sebelum aktif  ber-blogging, kesemua tulisan saya update di laman facebook sahaja.
Atas dorongan rakan-rakan facebook dan sahabat handai, terbinalah blog personal saya.

Pada tahun 2011, saya dah mula berjinak-jinak dengan blog.
Actually, Ini merupakan blog ke-5 saya. hahaha!
1st blog down sebab saya lupa password dan 3 lagi saya delete sebab entries dalam blog tu terlalu merepek dan terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Ini lah blog yang kekal sehingga hari ini.


2. Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?


Idea untuk penulisan blog, bergantung kepada jenis entri.

Jika sesuatu entri tersebut berunsurkan bukan fiksyen, segala fakta, pandangan, cadangan dan pendapat berdasarkan bahan bacaan.

Saya seorang yang mudah tertarik dengan isu-isu kemanusiaan dan kewanitaan.
Apabila sesuatu isu berkaitan dibangkitkan, saya suka mengutarakan buah fikiran dan hujah saya dalam penulisan blog, seperti entri-entri berikut:
kadang-kala ter-curhat juga dalam blog ni, tapi tidaklah saya definisikan dalam konteks yang terlalu peribadi. Maka, wujudlah entri-entri sastera/nukilan peribadi saya dalam konteks yang umum.

tapi, bila takda idea nak tulis, mulalah mengarut merepek dalam blog. hilangkan stress katanya..:P


3.Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?


Saya tidak mempunyai masa yang tetap untuk menulis satu-satu entri.
Masa yang diambil bergantung kepada kepanjangan entri dan isi entri tersebut.
setakat ini, paling lama sekalipun, entri bukan fiksyen yang memakan masa sehingga satu jam setengah ke dua jam.
Untuk entri jenis ini, saya akan semak berulang kali. tapis berkali-kali, pastikan fakta tidak salah dan cadangan di akhir penulisan tidak menyentuh mana-mana sensitiviti sesuatu kaum atau agama. 
Mohon kebaikan untuk semua..:)


***sekian jawapan saya untuk soalan-soalan Encik Kidal :) saya tag Azri Al Fateh untuk penuhi syarat. hehehe***

Tuesday, 22 December 2015

Hello, Study Week !

for this last two week of  December.....

say hello to study week!

during my first year, my study week be like bangun, makan, movie marathon, tidur, facebook, twitter, instagram, whatsapp etc...

buku pergi mana tah. tak tahu lah, tak produktif langsung!

sebab masa tu bosan yang amat.
bila dapat study jauh-jauh ni, excited juga. dapat pula housemate semua dari semenanjung.
part sedihnya bila housemate semua balik kampung, dan kau pula terpaksa tahan hati melihat rakan-rakan semenanjung kau tarik bagasi diorang balik kampung.

Maka aku di sinilah berdiri teguh di Hostel, jaga bilik. nanti bilik lari susah nak kejar.. :P

masa ni lah jadi survival dengan geng-geng borneo (sabahan & sarawakian) yang lain.
cafe tutup, koop tutup, gerai tepi jalan pun tutup T_T
makanan kena stock siap-siap lah..

Itu, masa first year.
Masuk ke second year dan seterusnya...

no more honeymoon week!


alamak..banyak wei kena study..

study week rasa macam tak cukup pula..
tapi, sempat ja mau scroll facebook, twitter, instagram bagai..
cara paling senang, study group, exchange notes. pukul 2-3 pagi baru tidur.

lagi-lagi subjek calculus, business math, inter. accounting, inter. economics, inter. finance segala..
hari-hari kena buat latihan..
memang tak berani mau ponteng kelas,
missed one class, you might put yourself in a big big big trouble..


so, stay FOCUS!
esp dalam kelas. sebab ada lect yang bagi tips/hint masa bagi lecture kat depan.
kena pepandailah fokus dengan apa yang lecturer cakap.

second, jangan lupa catat nota.
tak semua yang ada dalam buku tu berguna dalam final nanti, dan tak mungkin lah kau hafal apa yang dalam buku tu, kau tulis dalam final exam.
Cuba faham, jangan hafal. Kalau cuba hafal, stress ja bertambah dalam otak, bila mau hurai tak boleh sebab tak faham.
kalau aku memang taklah mau hafal, kecuali fakta, fakta kenalah hafal. haha!
that is why I will be happy-felt-like-in-heaven bila dapat soalan tentang pendapat, cadangan ataupun study case,
ala-ala KBAT gitu..



stress? memang stress.

tapi, aku lagi rasa stress masa ambil STPM dahulu daripada degree ni.
Memang STPM adalah exam yang paling susah.
Jangan main-main dengan dak-dak form 6 tau..
bukan calang-calang menghafal buku..
Kalau boleh, dari kulit depan ke kulit belakang hafal.
buku dan assignments lagi banyak dari degree.. cikgu bagi assignment tiap hari bukan tiap minggu.
dah tu due date lagi dua tiga hari. paling lama pun lagi seminggu.

Untuk elak stress berlebihan. tidur kena jaga.
Tak semestinya tidur 8 hours tu, kena tidur directly 8 hours non-stop.

Bahagikan masa tidur 2-3 jam setiap kali.
campur dengan napping lagi 5-10 minit setiap kali.
kira ok lah tu. 
aku suka napping dalam bas masa mau pergi exam.
orang lain baca notes, aku sedap ja tidur.
hahaha!
lagak macam budak dekan derr..

This Final year,
Study week be like..
Everyone fall in love and got married with their books!

but,
honestly,
my mood currently like......


THIS!
arghhhhh!!
sebab fikir nak balik sabah. walhal exam tak start lagi.
homesick ni bahaya...
huwaaaa...
control..control..control..T_T

***sebab tu lari sini ambil mood sikit. actually, takda idea pun mau tulis entry. Saja tukar mood sekejap..TT_TT***

GOOD LUCK TO ALL STUDENTS FOR YOUR FINAL EXAM!

Sunday, 20 December 2015

Birthday Shoutout II

Birthday Shoutout for Nabilah

Kali ini sambut kat bendang ja..
Surprise kan Ila dengan belon helium,
dan hadiah.

Le Housemates <3

favorite budak-budak ni :
AMBIL GAMBAR SELFIE
hokey, 
silakan..silakan..


Happy Birthday Nabillah.

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2


Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam.

***Selamat berblogwalking :)***