SSPNi PLUS ONLINE REGISTRATION

Sunday, 7 December 2014

Peniaga Online : 'Peniaga Culas'

Assalamualaikum..

Coretan blog saya kali ini merupakan hasil pengalaman saya sendiri dengan peniaga online. saya agak tidak berkenan dengan tindakan SEGELINTIR peniaga online yang saya anggap tidak beretika dan menyusahkan pembeli seperti saya.

Secara umumnya, peniaga merupakan agen yang menjadi penyumbang utama dalam ekonomi negara, masyarakat dan ekonomi diri.

walau bagaimanapun, kita seharusnya merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah dalam melaksanakan teknik-teknik dan panduan perniagaan. 

Islam memberikan keterbukaan kepada umatnya dalam melangsungkan aktiviti perniagaan. Bahkan, aktiviti inilah yang mampu meningkatkan taraf hidup umat islam itu sendiri.

Manusia perlu menunjukkan komitmen dalam memanipulasikan sumber alam dan menggunakannya secara efisien (tanpa pembaziran dan juga sebarang unsur kemudaratan terhadap alam sekitar  juga masayarakat itu sendiri)

Scenario yang berlaku pada hari ini berkenaan wujudnya penipuan dalam persekitaran perniagaan. terutamanya para peniaga runcit secara besar-besaran dan kewujudan orang tengah yang mengaut keuntungan melampau.

Hal ini pastinya akan membebankan pembeli dengan peningkatan harga barang tersebut. Bukan itu sahaja, usahawan IKS kita turut terjejas dimana, peniaga dan agen membeli produk IKS dengan harga yang begitu rendah tetapi, menjual semula terlalu mahal.

Segelitir peniaga yang tidak beretika seperti inilah yang saya gelarkan sebagai 'Peniaga Culas'. Mengaut keuntungan dengan cara yang tersembunyi. Sama sahaja kesnya dengan peniaga online. Sikap segelintir peniaga online yang tidak meletakkan tanda harga pada deskripsi produk mereka adalah tidak beretika.

Bukan sahaja menyusahkan pembeli, juga saya anggap sebagai 'teknik jerangkap samar'. Mengapa saya namakan tindakan segelintir peniaga online sedemikian rupa?

Tindakan segelintir peniaga online yang meminta bakal pembeli menghubungi mereka (sama ada melalui pm facebook, whatsapp, e-mail dan sbg.) untuk mengetahui harga produk tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Hal ini kerana, para pembeli sukar untuk membuat perbandingan harga jualan produk peniaga tersebut dengan peniaga lain. Di sini, kita dapat lihat bahawa hak pembeli untuk memilih telah terbatas. Segala kos yang perlu dikeluarkan pembeli haruslah diambil kira bagi memenuhi kehendak dan keperluan si pembeli dengan harga yang berpatutan.

Para peniaga online seharusnya bebas daripada unsur-unsur yang mengandungi elemen penipuan dan khianat 'teknik jerangkap samar' ini serta bijak menangani pesaing. Bagi peniaga yang beragama islam, Kita telah diajarkan untuk berniaga secara 'bersih' dan amalkan konsep-konsep perniagaan isalam yang telah diajarkan kepada kita.

Justeru itu, berserah dan bertawakkallah kepada Allah SWT. Sama-sama berniaga dan saling membantu antara satu sama lain dalam berniaga. Biar sama-sama maju. Wujudkan perniagaan secara berkumpulan yang menjual produk berlainan. Jika ada pelanggan yang juga mencari produk lain, boleh saja kita syorkan produk ahli kumpulan perniagaan  berkumpulan kita. bukan itu lebih baik?

sekian,
nukilan saya yang cetek ilmu.
selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment